Want your
own Fotopage?

























 
Che'pah Cake & Cupcake

By: chepah cook and craft

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Dec-2008 07:16 Email | Share | | Bookmark
My New Home

FP ini akan menjadi koleksi resepi & cerita kek.....
Untuk Katalog Kek & Cupcake sila ke......

http://chepahcutecakes.blogspot.com

Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU JUN 2009

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Fri 19-Jun-2009 08:48
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
salam...
Inginkan pakej2 menarik utk majlis perkahwinan/pertunangan
sila layari http://asmaharis.fotopages.com
Wed 15-Jul-2009 03:46
Posted by:As asmaliza79@yahoo.com  - [Link]
Salam kenal..,
Tumpang iklan jap ye..
Minat dgn gown smocking utk anak anda? Kalau ya luangkan masa untuk
menjengah hp saya di http://sitisalmiza.fotopages.com
Ada pelbagai pattern dan saiz yg boleh ditempah mengikut
citarasa anda sendiri...
Sat 24-Oct-2009 03:12
Posted by:siti ctsalmiza@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Tuesday, 21-Oct-2008 02:30 Email | Share | | Bookmark
WEDDING DOOR GIFT

cupcake wedding doorgift
Mega project, wedding cupcakes untuk Fiza.
2000pc cupcakes wedding doorgift.
Thanks a lot to Fiza & the family.


Cake: Vanilla Buttercake
Topping: Buttercream
Deco Flower: Royal Icing
Sticker & Ribbon

Interested
Please email me chepah75@yahoo.com for the quotation.

salam perkenalan.....meriah nyer makan2 ..... terus terang saye x penah makan cup cake ni sedap ke? Sat 15-Nov-2008 12:00
Posted by:mksuzana  - [Link]
salam... kagum tengok kek2 yg che pah hasilkan. teringin nak ikut jejak langkah... minat mmg ada, tp bagaimana nak mula? che pah dulu camne? Sat 22-Nov-2008 11:45
Posted by:Rini Ramli rini_ramli@yahoo.com
Dapatkan harga promosi yang hebat sempena promosi Last Promotion For This Year..

Layari http://www.duriankahwin.com/ sekarang dan dapatkan promosi terkini dari kami..


Wed 11-Nov-2009 02:29
Posted by:Duriankahwin.com admindkc@gmail.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 23-Sep-2008 01:18 Email | Share | | Bookmark
CUPCAKE RAYA & KAD CUPCAKE RAYA

Cupcake Raya RM35/25pc
 
FOR NEW ENTRY, PLEASE SCROLL DOWN................
Kepada pengunjung FP che'pah, kawan2 sekolah, usm, sudi-sudikanlah terima Kad Cupcake Raya che'pah ni....kawan2 fp & blog boleh la gantung di 'rumah' masing2.....

SEMOGA GEMBIRA DI HARI RAYA......

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
SELAMAT MEMANDU... BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.....



Kepada yg berminat dgn cupcake di atas sempena Open house boleh la call/sms che'pah.
Size: 5cm paper cup
Flavor: Vanilla/Orange/Choc
Quantity: 25pc
Price: RM35 only


SESSI GANTUNG KAD RAYA KAD RAYA
Terima Kasih Semua

# 1 Mamafami - http://mamafami.fotopages.com
# 2 Kak Misliha - http://misscreativecake.fotopages.com
# 3 Kak Tun - http://boxhousestudio.fotopages.com
# 4 Mak Lang - http://ulampegaga.fotopages.com
# 5 Kak Meen - http://jasmeen.fotopages.com
# 6 Kak Zai - http://dapurimpian.fotopages.com
# 7 Kak Ida - http://merpati66.fotopages.com
# 8 Ummi Aqil - http://shaishah.fotopages.com
# 9 Lynnhassan - http://lynnhassan.fotopages.com
# 10 Aimi - http://kamalina3773.fotopages.com

salam lebaran chepah...
maaf zahir batin...

>>dah start berkung fu kat dapur kerr??
Tue 7-Oct-2008 06:06
Posted by:jasmeen  - [Link]
salam syawal rajinya gantung kad raya tu Fri 10-Oct-2008 09:24
Posted by:ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
chepah mane gambor rayenyee...nak nengok...nak nengok jugakk.. Wed 15-Oct-2008 01:36
Posted by:anir  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Tuesday, 23-Sep-2008 00:40 Email | Share | | Bookmark
Tag Ramadhan & Kad Raya

Tinggal 7 hari ramadhan akan meninggalkan kita.... Sebelum raya ni banyak2kanlah beramal... (nasihat utk diri sendiri). Dah dekat nak raya ni baru cheq nak pi kutip tag ramadhan drp kak anim penyulawa. Minta mahap la banyak2 kat anim.... bukan cheq tak sudi.. tapi cheq tak sempat.. maklum le anak dh bertambah, sibuk nak adapt dgn new lifestyle....

Terima kasih ya kak anim...

Yang ni pulak kad raya ddrp zira. Terima kasih....


Care to comment?


Monday, 15-Sep-2008 06:35 Email | Share | | Bookmark
IFTAR DI RUMAH ABIT

Caramel Maktok
IFTAR di rumah ABIT... abit tu abah che'pah.. maknanya tok... Sabtu lepas abit & makcik jemput berbuka posa .... (padahal tiap2 minggu dtg) Yg ni kira special sikit sebab panggil semua adik beradik di KL.. Adik beradik che'pah ada 8 org semuanya... 6 keluarga di KL, 2 lagi di Kedah & Dungun... Kalau dah berjumpa memang kecoh semuanya...Masing2 bawa hidangan penuh dua meja...



Anak2 buah che'pah....

Selesai solat terawih di rumah..diimamkan oleh abit... makan moreh pulak...


Sambil makan dihiburkan gelagat sicilik...



Hidangan yang che'pah bawa hari tu...


Resepi Puding Gula Hangit...
Resepi asal maktok... arwah mak che'pah
Bahan2
8 biji telur A
3/4 cawan gula (kalau nak manis bubuh le 1 cawan)
1 tin susu cair
1 tin air (sukat pakai tin susu cair)
1/2 sudu kecil garam

1/2 cawan gula & 2 sudu besar air untuk gula hangit

Cara2:
1. Panaskan 1/2 cawan gula atas api kecil... bila dah gula dah perang tambah 2 sudu besar air.
2. Masukkan dalam loyang 8 atau 9 inci. Setkan Pengukus.
3. Pukul telur & gula guna pemukul telur je (2-3 minit je)
4. Masukkan garam, air & susu.. pukul sikit lagi..
5. Masukkan dalam loyang yg dah diisi dgn gula hangit tadi...
6. Kukus guna api besar selama 30-45minit
7. Sejukkan & hias dgn Fruit Cocktail

Note: che'pah kukus guna api besar supaya banyak sarang/lubang pada puding (teori sendiri... )
Selamat mencuba.. kalau tak sure camane... sms je...

salam che'pah comeinya farihin. seronok tgk orang dapat baby tapi sendiri cukuplah 3 tu dulu hehe... petang ni bolelah akak cuba karamel ni. sedapnya mmg favorite akak ni. bila blik kuantan? nanti calling2 ye. Fri 19-Sep-2008 01:41
Posted by:farah  - [Link]
meriahnyaaaaaaaaaaa baby tu beza satu hari mcm satu tahun lak Fri 19-Sep-2008 06:06
Posted by:ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
salam..sudi² lah p ambik kad raya kat fp zira tu yer Fri 19-Sep-2008 09:23
Posted by:zira  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Tuesday, 9-Sep-2008 03:23 Email | Share | | Bookmark
Cupcake Ramadhan

Love1
Love2
girl theme
View all 4 photos...
Ingatkan bulan ramadhan ni takde orang nak makan cupcake.... rupanya ada gak... yelah... hari-hari hari jadi....ada jugak yang nak bersedekah....alhamdulillah...


36pc vanilla cupcake
ordered by Erin (new customer) utk BF Firdaus... Happy Birthday Firdaus...


25pc vanilla cupcake
ordered by Azam (regular customer) untuk Honey LIA..... Happy Birthday Lia...



Ordered by Nana... utk sedekah... semoga diperbanyakkan rezeki....

Salam che pah.....wah tergoda tgk cuppies che pah ni.....cantik-cantik belaka... Thu 11-Sep-2008 23:47
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
meriahnya warna cuppies yang pelanggan awak order ni... hehe .... cantik dan kemas design awak chepah .... baby apa khabar ?

Daalia
http://lea-oven.blogspot.com/
Mon 15-Sep-2008 05:52
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
Salam chepah...
Betui kate akak tu..ingatkan bulan ramadhan takde org nak mkn cupis...ramai juga ya...heheehe...
cantik2 cupis tu...ceria n nampak sweet je...
Wed 17-Sep-2008 01:32
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 1-Sep-2008 04:50 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadhan

Purple
Ramadhan
merdeka cuppies
Lepas abih pantang, kemaruk nak buat cuppies... so bila ada Merdeka celebration kat sekolah faiq hari Jumaat, che'pah pun terus buat cuppies....MERDEKA!!!!! After school hour dapat call from Faiq's teacher comment, cuppies tu comel & sedap... nanti nak order... hihi.. baikpunya promotion...


design inspired by mcwhisky.blogspot.com

The next day, regular ada repeat order dr Fiza untuk makan2 sempena menyambut ramadhan.

Design as requested by customer...

Lastly... Ramadhan cuppies...

Sempena Ramadhan che'pah ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk semua... semoga ramadhan ini membawa keberkatan & pahala yang berlipat ganda....

salam chepah... amboi2.. ni mmg kemaruk nak buat cc ni.... baik punya promo sempena merdeka tu... comei la cc hang tu.... geram aku tgk... chepah, sempat tak berpuasa ni?? mana tau tak larat ke sebab menyusukan baby.... selamat berpuasa utk hang & family.... dan all d best to u... semoga terus maju...

ps: comei la baby hang kat bwh ni...
Sat 6-Sep-2008 03:31
Posted by:kamalina a.k.a aimi  - [Link]
salam ramadan untuk chepah sekeluarga. bertambah ahli keluarga, bertambah ler rezeki hendaknyer. Cantik betul cuppies merdeka tuh chepah Sat 6-Sep-2008 03:39
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
salam chepah...
lawo kuppis tu...kite berkenan sesangat ngan purple nye...yg lain pon cute...nanti leh amik idea nih...
selamat menjalani ibadat pose...
Sun 7-Sep-2008 15:33
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Friday, 29-Aug-2008 06:00 Email | Share | | Bookmark
Kisah Baby Farihin

Assalamualaikum... lama tak bersua di alam cyber... mana taknya bersalin awal tanpa dijangka... sebelum che'pah upload pasal kek, moh baca story che'pah pasal baby farihin..

chepah dijangka bersalin 22/8/08. So office hubby cepatkan tarikh family day takut che'pah tak larat nak pegi...

4hb Julai 2008 Jumaat
Hari ni che'pah ambik cuti, nak pegi check-up & kemas beg untuk family day... Apa2 hal check-up dulu, inform kat doktor kata nak bercuti ke PD. Doktor kata ... alah..dekat je, kalu sakit balik le... balik dari Klinik, cheq pun start buat projek bekal ke PD... cheq masak....choc muffin, choc chip muffin & brownies. Esoknya.. bangun pagi terus buat murtabak cracker pulak...2 hari di Hotel Costa Rica, takde mood nak bergambar sebab letih....




7hb Julai 2008 Isnin
Hari ni pun sambung cuti, letih & nak kemas rumah. Anak2 hantar ke nurseri, umi nak rehat. Baru aje habis sapu sampah pegi toilet, tengok dah keluar darah... alamak.. terus call hubby. Sampai klinik doktor kata takde apa... balik le lambat lagi baby nak kluar.. On d way balik tu ada rasa sakit sikit2 tapi buat tak tahu je. Lepas ambik anak, makan, solat maghrib tetiba rasa sakit ni macam contraction la pulak.. tengok timing alamk every 15 minit sakit... confirm. Isi baju dalam beg, angkut anak terus ke klinik pukul 10 malam. Sampi sana midwife kata dah buka 4cm. Doktor bagi jugak ubat tahan contraction nak tahan jugak.

8hb Julai 2008 Selasa
walaupun bagi ubat tahan tahan contraction, pukul 7 pagi buka lagi 5.5cm. Pukul 8 doktor datang kata buka 8cm... redha ajelah... baby nak kluar jugak... Tunggu punya tunggu... Pukul 11, kluar la baby.....Baby boy, beratnya 2.1kg. Baby kena masuk inkubator, sebab tak cukup bulan, baru 33 minggu.... Che'pah rasa risau sangat, hati sentiasa berdoa supaya baby selamat, sihat.... esoknya che'ah balik, tapi baby kena stay kat klinik seminggu... sedih sangat ...


Ini dia Baby Farihin.

Baby balik lepas seminggu, alhamdulillah berat semakin bertambah. Lepas seminggu juga baru bagi nama sebab tak prepare nama lagi, baju baru pun tak sempat beli. Kawan2 yg datang bagi baju baru sbb tau che'pah tak beli lagi...HiHi Baju2 lama baby, hubby tolong basuhkan.....


Faiq & aisyah suka sangat dapat adik...

Disini che'pah nak ucapkan terima kasih kepada .....
# Hubby..... yang menjaga che'pah & anak2
# Abah & makcik.... yang tolong jaga anak sepanjang che'pah di klinik, dan seminggu berpantang di rumah abah....
# Mak Mertua..... dari kuantan, seminggu temankan che'pah di rumah
# Kak Ani (kakak ipar) .... selalu hantar makanan sepanjang che'pah berpantang (berpantang kali ni makan sedap2)...
# Kak Na, kak Maherran, Kak Idah... yang membantu keperluan, selalu bertanya khabar dan sebagainya....
Dan
# Semua kawan-kawan yang tak tersebut namanya... yang mendoakan kesihatan che'pah & baby

(panjangnya ucapan.. macam dapat award la pulak... )

Next entry kita sambung cerita kek ya... adios

Quote:
CELOTEHKU
# Kak Tun - salam kak tun, cheq pun rindu dgn kwn2 FP, tak sempat nak berkunjung lagi.... Murtabak tu pakai loyang brownies...
# Umieaisyah - tq doakan cheq... dah start mengayuh dah.... mana boleh tahan oven tak berasap...
# Hanis - tq singgah rumah cheq....
# Anir - Hihihi... hang ketuk pintu aku takleh keluaq... sorry no... aku doakan hang pun cepat2 lekat... seronok ada baby... w/p penat tengok muka baby hilang penat...
# Kak Meen - alhamdulillah kak meen, berkat doa semua...yg kelakarnya... anak cheq ni kalau keluar lelaki, putih2 belaka... bila keluar pompuan, hitam manis la plak..
# Mamafami - Dah kluar ni lega la sikit, boleh la berpuasa.... kalau ikut due lepas le posa ramadhan...
# Aishah@Ummiaqil - Salam ramadhan & 0-0 juga ya...

alahai comelnye baby Farihin...
Akak...dikesempatan nih kite nak ucapkan
Salam Merdeka...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
Pohon Maaf Andai Ada Silap n Salah...Terkasar Bhs n Sewaktunya...
Zero-zero ya....
Moga Ramadhan Kali ini Lebih Bermakna Buat Kita Semua...amin...

Sat 30-Aug-2008 23:58
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
tahniah che' pah dah bersalin ye, mmg salute dengan che'pah tgh sarat2 pun akif & tak kenal penat..
salam ramadhan tuk che'pah sekeluarga, semoga ramadhan kali ini hdup kita sama2 lebih diberkati..
Tue 2-Sep-2008 02:36
Posted by:aishah  - [Link]
congrats for you new born, no wonder senyap ajer...rupanyer dah bersalin.Alahai cutenyer dah boleh join abang dan kakak dia yer Thu 4-Sep-2008 05:27
Posted by:aima  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 2-Jul-2008 03:07 Email | Share | | Bookmark
Kelas Cupcake

Euro theme
Girl theme
Kelas cupcake????? che'pah buat kelas ???? Jangan suspen.... che'pah belum buat kelas pun... ni sebenarnya ofismate che'pah yg teringin nak tengok & belajar buat cupcake. Ada order adhock so che'pah ajak depa tengok, buat sambil menolong apa2 yang patut....

Depa belajaq bancuh, isi dalam cup, timbang & bakar Magnolia Cupcake. Ada BC lebih cheq bagi depa main2 dgn BC tu.... lepas tu depa pun minta kerja dgn cheq... depa kata kalau ada order banyak depa nak jadi assistant.....


Ini le rupa ofismate cheq....


Ini pulak hasil keje depa... okla tuh first timer... che'pah tak sempat nak ajar betul2....


Untuk penutup Euro... ordered by Hubby's friend, Fuad... thanks


Girl theme, ordered by Lina for her best friend.... Lina ni sanggup naik LRT ke Setiawangsa then jalan kaki ke ofis hubby di Keramat Permai untuk ambik Cuppies ni.... sepanjang jalan balik ke LRT ada bbrapa org tegur dia bawak cuppies ni tanya beli kat mana.... Thanks Lina for d order & free promotion untuk akak ya,,,,

salam kenal chepah..lawa2 kek kat sini..suka tgk..lina pernah try beberape resepi dr sini..maaf yer ambik tanpa beritahu..moga di halalkan..mmg sedap resepi2 tu..tp lina buat makan aje..x guna buat jual sbb x minta permission dr tuan ye lagi..lina nak link kan fp nie yer..baru lahirkan baby yer..tahniah moga 2 2 sihat .. Fri 8-Aug-2008 05:39
Posted by:ina ina_saly@yahoo.com  - [Link]
rindu menyapa Mon 11-Aug-2008 11:30
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@yahoo.com  - [Link]
Hebat lah tu chepah mula-mula bawa kawan bantu slowly lepas tu, jadi cikgu itu nama pengalaman kena teruskan kerja tu...semuga di murahkan rezeki dan SALAM RAMADHAN semuga ramadhan tahun lebih membawa erti utnuk kita semua Fri 29-Aug-2008 02:06
Posted by:misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
View all 29 comments Add comment


Monday, 30-Jun-2008 06:19 Email | Share | | Bookmark
Choc Cookies

Varieties Choc Cookies
Double Choc Chip
 
Last week che'pah teringin nak makan biskut raya... so cheq pun attend kelas Chef Khairy buat varieties of choc cookies. Chef Khairy ni pernah kerja dgn Secret Recipe & Big Apple Donut. Skrg chef kerja dgn pengeluar coklat Gandum Mas Kencana brand COLLATA.

Masa kelas chef Khairy dh bagi izin boleh share resepinya dgn syarat promote la Chocolate Compound COLLATA....Jadi bila gi kedai bahan kek tu jenguk2 le choc compound jenama COLLATA ni ya....mcm2 ada.... ada Deco colour powder, choc ganache/cream yg dah siap (boleh terus topping), Collata colour rice dsb....


Tu dia chef khairy tgh pegang choc keluaran syarikatnya....


DOUBLE CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Ingredient:
150g Salted Bulter
150g Brown Sugar
150g Castor Sugar
100g Egg
350g Flour
13g Baking Soda
200g Collata Dark Choc Chips (any choc chips)
150g Walnut
100g Dark Choc Compound (melted)

Method:
1. Blend butter, brown sugar & sugar until fluffy
2. Pour egg slowly
3. Add in flour, baing soda, choc chips, melted choc compound & walnut.
4. Take 10g each dough & arrange on baking greased baking tray
5. Bake 160C at 20 min
6. Dip in dark choc compound as decoration

Biskut ni memang sedap.... tak puas makan kat kelas...


Biskut lain yg diajar semasa kelas

Note: tak sabar nak gi next class buat donut... harap2 selembut, sesedap & secantik Big Apple Donut

CELOTEHKU
Quote:
# Kak meen - selagi terdaya akan ku redah jua.....
# Kak Tun - topping tu pakai choc passionata.... dah siap pewarna & perasa... cairkan, celup & deco... cuba le buat choc chip cookies tu sodap!
# Umieaisyah - kelas donut tu 23hb julai ni di HOI sri damansara... kalau nak cheq bookingkan tempat...
# Zara - cheq tak pernah jumpa/perasan Collata sblm ni.... CC tu pakai Muffin mix je...
# Maria - boleh beli kat kedai bahan kek kut.... cheq beli kat House of Ingredient Sri Damansara....
# Farah - 23hb Julai di House of Ingredient Bandar Sri Damansara
# Noor - kita tak tau sapa tokei Collata ni, cuma chef tu kerja kat sana....
# Kak Ana - Seronok jumpa akak kat kelas Lynn.... terima kasih doakan saya...
# Aima - lagi belajar... lagi banyak nak belajar....
# Kak Aishah - seronok jumpa akak di kelas Lynn.... semoga bisnis makin maju...

salam chepah, bertambah koleksi ilmu baking and cookies yer, rajin betul skrg nie... Tue 1-Jul-2008 06:01
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
che' pah, cergas sungguh ye, dah sarat pun p kelas ye? apa2 pun semoga success Tue 1-Jul-2008 09:30
Posted by:aishah  - [Link]
chepah...ligat betul la hang ni.... larat lagitu.... anyway, tq sudi berkongsi resepi...aku amik nooo...nak try buat utk raya kali ni...
http://kamalina-cakes.blogspot.com
Thu 3-Jul-2008 07:37
Posted by:kamalina a.k.a aimi  - [Link]
View all 11 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.