Semalam ada jamuan kat ofis sempena birthdays officemates dan sempena ramadhan. Boring asyik masak cupcake & atas permintaan SITI & FAEZAH try buat MURTABAK LAPIS MAMAFAMI pulak.
Susun cream cracker dlm loyang Ratakan inti dan tabur cili & daun sup/bwg Dah siap bakar
MARTABAK LAPIS
Resepi drp MAMAFAMI
Bahan-bahan
400 g daging cincang
3 sudu besar serbuk kari
300 g bawang besar ~ dipotong dadu
100 ml minyak masak
250 ml air
45 keping biskut cream crackers
4 butir telur ~ dipukul
4 sudu besar mentega
garam secukup rasa
Untuk dikisar :
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 sm halia
Untuk dicampurkan :
300 ml susu segar
400 ml santan
Untuk dicincang :
6 biji cili merah
6 tangkai daun bawang
Kaedah :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan rempah hingga wangi.
2. Masukkan daging dan kacau selama 3 minit. Bubuh pula air. Kacau hingga airnya kering.
3. Masukkan pula bawang besar. Masak sampai bawang layu. Tambahkan garam. Angkat.
4. Jerang campuran susu dan santan hingga mendidih. Bubuh garam.
5. Lenserkan tin empat segi berukuran 25 sm dengan majerin.
6. Celup sekeping biskut ke dalam campuran susu dan santan sampai kembang. Susun di dasar tin (kira-kira sembilan keping bagi setiap lapis).
7. Taburkan satu perlima daging rata-rata, diikuti daun sup, cili dan telur. Ulangi melapis dengan bahan-bahan itu hingga menjadi lima lapis dan semua biskut digunakan.
8. Akhir sekali, tuangkan baki campuran santan. Letak beberapa camca mentega di atasnya.
9. Bakar pada suhu 180 C selama 50 minit atau hingga masak.
10. Potong apabila sudah sejuk.
Tue 25-Sep-2007 02:46 Posted by:mrs shah crawler_os@yahoo.com - [Link]
hi, tumpang lalu tuan umah..
nak buat kek secara cpt dan simple tapi rasa ttp sama mcm kek2 lain..xde bhn tiruan.. dtg lah tgk kat fp kite.. nak tempah kek utk kenduri pun leh gak...
hai che'pah. terlior' la! dah la aku pose nam hari ni. selama ni anin jd pemerhati je. tk dan nak respon.
anin tengah try2 wat fotopages jugak ni tp banyak yg tak reti la. blm promote kar org lagi. konon2 nak jual gift & craft. jemputla masuk n bg komen no.
haninn75.fotopages.com
kakak dah buat bebudak tak berapa pandai makan la..mungkin depa nampak biskut empat segi tu kut...rasanya akak kena kembang kan lagi biskut tu sampai jangan nampak rupa biskut