Ahad lepas Bread maker (BM) che'pah yg pencen tuh dh beroperasi semula. Che'pah buat donut suria & pizza base gunakan resepi yg sama. Resepi ni che'pah tengok dalam banyak kengkawan FP.
Donut Suria
Donut sebelum masak & selepas masak
DONUT SURIA
Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
220ml air suam
2 sudu teh instant yeast
Kaedah penyediaan
Che'pah gunakan Breadmaker
1. Masukkan air suam, tepung, susu, gula, shortening dan yis
2. Biar BM buat kerja & naikkan adunan tu
3. Dah habis proses keluarkan & tumbuk adunan
4. Uli & Canai adunan
5. Terapkan guna acuan
6. Biar donut naik dalam 15minit
7. Goreng
Resepi yg sama che'pah buat base pizza, tapi che'pah yg ni che'pah bagi naik sekejap je terus bakar. Tak tunggu naik skali ganda.